Baru-baru ini saya berkesempatan berbual dengan sahabat baik saya, mengenai kisah-kisah hidup yang lepas. Apabila dikenang, memang banyak perkara menyakitkan yang telah kami lalui.
Saya adalah seorang yang pernah melalui pengalaman dibuang kerja, difitnah, ditikam dari belakang oleh rakan yang dipercayai. Malah hingga ke hari ini, rupanya masih ada sang penjaja yang aktif menyebarkan fitnah ke atas diri saya.
Perit rasanya difitnah, namun ia mengajar saya supaya tidak terus mempercayai khabar angin dan gosip yang terpapar di media; baik mengenai artis mahupun ahli politik. Dan jika gosip melanda orang yang saya kenal dengan rapat, saya akan tanyakan kepadanya sendiri, supaya tidak ada buruk sangka.
Manusia seringkali melatah apabila ditimpa perkara-perkara yang saya sebutkan di atas. Bila ia berlaku, mereka terus mengamuk, menilai buruk dan tekad untuk bermusuhan. Ada di antara mereka menyimpan dendam kepada pemfitnah ini.
Saya ibaratkan hati manusia, seperti sebuah peti yang memiliki laci-laci kecil.
Setiap rekod individu yang hadir di dalam hidup kita, disimpan dalam laci-laci ini. Jika sudah berkenalan dengan sejuta orang, maka ada sejutalah laci di dalam hati kita.
Dalam laci setiap individu, mempunyai fail-fail kenangan peristiwa kita bersama mereka.
Apabila kenangan yang berlaku adalah memeritkan, maka laci-laci ini akan berubah warna menjadi warna hitam. Lebih banyak manusia yang menyakitkan hati kita, lebih banyaklah laci hitam di dalam hati kita.
Selang hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan, tahun ke tahun, rasa sakit hati kita kepada individu yang lacinya sudah hitam ini masih wujud. Ini kerana kita masih menyimpan rekod mereka di dalam laci hitam. Semakin lama disimpan, semakin tebal fail kenangan mereka, dan melarat pula ke laci-laci yang lain.
Hati semakin sakit. Setiap perbuatan mereka yang menyakitkan, tidak dapat dilupakan sama sekali. Pantang mendengar nama mereka disebut, laci hitam di hati menebal seinci. Di mana lokasi yang ada kaitan dengan mereka akan dijauhi. Jika ada keramaian yang melibatkan mereka, kita tidak akan hadiri supaya tidak bertembung dengan mereka. Kerana hati sudah benci. Kerana peti hati sudah semakin dipenuhi dengan laci-laci hitam yang menyimpan rekod mereka.
Akhirnya, hati kita telah sepenuhnya menyimpan laci-laci hitam yang banyak dengan fail-fail kenangan yang menebal.
Akibat dari disakiti, kita membenci. Kita membenci mereka yang menyakiti kita, lantas menyimpan dendam. Dendam yang disimpan, mengakibatkan hati yang gelap dan penuh dengan laci-laci hitam. Laci-laci hitam yang memenuhi hati dengan fail-fail kenangan pahit mendorong kita untuk terus membenci, berdendam dan tidak lagi mahu memaafkan mereka yang menyakiti hati kita ini.
Mari fikirkan sejenak. Apa yang kita perolehi daripada rasa sakit hati yang dipendam sehingga menjadi benci dan dendam?
Adakah kita berpuas hati?
Adakah kita berpuas hati?
Adakah kita bebas ke sana ke mari?
Adakah kita berlapang dada?
Adakah kita merasa tenang?
Adakah kita bahagia?
Jika mereka yang menyakiti kita, kenapa harus kita berdendam kepadanya? Yang salah, siapa; kita atau mereka?
Jika yang berhati busuk dan dengki adalah mereka, kenapa hati kita pula yang hitam, dan penuh dengan kebencian?
Jika kita yang teraniaya, kenapa kita pula yang memiliki amarah dalam diri? Bukankah kita yang teraniaya adalah lebih beruntung kerana doa kita berpotensi dimakbulkan Tuhan?
Allah berkata, ".. dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (Surah An-Nur:22)
Allah berkata lagi, "Dan segeralah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." (Surah Ali-Imran:133-134)
Selagi laci hitam tidak dibersihkan, selagi itu fail kenangan pahit yang tebal wujud di dalamnya. Selagi itu hati kita penuh dendam dan kebencian. Selagi itu jugalah kita tidak akan tenteram, kerana kerap memikirkan tentang mereka yang menyakiti kita. Lagi kerap kita memikirkan mereka, lagi tebal fail kenangan itu tersimpan dalam laci yang hitam.
Mungkin kebahagiaan sukar diperolehi kerana hati kita yang hitam.
Mungkin rezeki tidak muncul kerana hati kita yang tidak bersih.
Mungkin jodoh terhalang kerana hati kita yang tidak memaafkan.
Maafkan sahaja mereka, insyaAllah hati kita akan lebih tenang.. dan laci hitam akan terhapus dari peti hati kita.
There Is Always Sunshine After The Rain
(by allinspiration.com)
Certain things can happen and get us really really down. That's a process we must all go through. No one is immune to pain and suffering, to sadness and emptiness.
What's important is to hang in there. Remind yourself that things will always get better. After a storm, the sun will shine again. It may be a few minutes later, a few hours, or even a few days. But it will always happen.
This does not mean that the negative emotions you experience at the time are trivial. They are real, and they are important.
But remember that time heals wounds. The sadness will pass. Give yourself time.
Wallahu alam.
(by allinspiration.com)
Certain things can happen and get us really really down. That's a process we must all go through. No one is immune to pain and suffering, to sadness and emptiness.
What's important is to hang in there. Remind yourself that things will always get better. After a storm, the sun will shine again. It may be a few minutes later, a few hours, or even a few days. But it will always happen.
This does not mean that the negative emotions you experience at the time are trivial. They are real, and they are important.
But remember that time heals wounds. The sadness will pass. Give yourself time.
Wallahu alam.
No comments:
Post a Comment