Tuesday, 18 December 2012

KETAHUILAH! MINDA ANDA DIPENGARUHI !


Mungkin anda tak pernah dengar istilah 'cognitive dissonance' (CD). CD ini merupakan istilah psikologi. Boleh rujuk buku-buku psikologi untuk ketahui lebih lanjut tentang CD ini. Secara ringkas, CD membawa maksud satu keadaan di manaminda anda didesak untuk membuat keputusan mengikut keadaan persekitaran ataupun keputusan yang berdasarkan di luar rasional anda.
Satu analogi mudah.
Anda berada di dalam sebuah kelas matematik Tahun Satu. Guru anda menuliskan satu soalan mudah pada papan hitam;
1 + 1 = ?
Guru anda meminta murid-murid di dalam kelas tersebut untuk memberikan jawapan;
"1 + 1 jawabnya 2 atau 3?"
Sekilas pandang, anda pasti sudah mengetahui 1 + 1 jawapannya pastilah 2. Maka anda begitu yakin untuk memberikan jawapan 2.
Namun ketika itu, seorang murid mengangkat tangan dan menjawab 3. Secara tiba-tiba, murid-murid lain turut mengangkat tangan dan bersetuju dengan jawapan 3.
Anda yang kebingungan dan mungkin berasa akan terasing disebabkan anda akan mengeluarkan jawapan yang berbeza daripada majoriti, serta-merta menyertai kelompok majoriti tadi dengan jawapan yang salah walaupun hakikatnya anda tahu 3 itu jawapan yang salah.
Dalam erti kata lain, anda mengelak untuk menjadi seseorang yang "pelik dan berkecuali" dalam kumpulan tersebut!
Pernah mengalami situasi sebegini? Mungkin ketika pembelajaran mahupun perbincangan ataupun mesyuarat.
Cuba kita beralih ke sudut yang lebih dekat, dalam perspektif kehidupan seharian kita. Ada tak berlakunya keadaan CD ini? Saya beri contoh ringkas.
Bagi lelaki, anda lihat rakan-rakan anda masih menyambung kerja di kala azan berkumandang.
"Taknak ke masjid ke?" tanya anda.
"Nantilah, habiskan kerja ni dulu." jawab mereka.
Bagi anda, sebenarnya boleh sahaja untuk menyambung kerja selepas selesai solat. Akan tetapi, disebabkan anda tidak mahu menjadi 'watak asing' dalam kelompok tersebut, anda mengalah.
Kita tengok situasi untuk kaum Hawa pula.
"Teringinlah nak pakai tudung labuh macam tu." bisik anda dalam hati. Maka anda menyuarakan hajat murni anda kepada rakan-rakan untuk meminta pandangan.
"Tak payahlah, tudung biasa pun dah cukup. Tak panas ke?"
"Kau pakai labuh-labuh nanti, macam mana nak geng dengan kami?"
Alasan-alasan yang diberikan oleh rakan-rakan sedikit sebanyak mematikan hajat anda. Maka anda menurut sahaja. Bak angin lalu.
Dua situasi di atas merupakan contoh-contoh berlakunya keadaan cognitive dissonance (CD). Dalam teori psikologi, minda (mind power) merupakan kunci kepada tindakan dan sikap (behavioural act).
Maka, sememangnya wajar dikatakan minda merupakan bahagian pertama yang mempengaruhi tindakan kita dalam kehidupan seharian. Maksimumkanlah fungsi akal anda untuk berfikir sebelum bertindak, tentang rasionaliti tindakan tersebut dan penerimaannya dalam agama.

No comments:

Post a Comment