Monday 17 December 2012

SEGALANYA BERMULA DI SINI

   PEMBIMBING RAKAN SISWA (PRS) di IPG Kampus Raja Melewar merujuk kepada kumpulan guru pelatih yang telah menerima latihan kemahiran asas kaunseling. Ahli PRS berfungsi sebagai sahabat yang efektif kepada rakan-rakan di institut terutamanya mereka yang memerlukan sokongan dan pertolongan. PRS menggunakan kemahiran tersebut dalam membantu rakan bagi menangani masalah dengan menjadi pendengar yang peka kepada perasaan orang lain, mengambil berat dan mempamerkan keikhlasan apabila bantuan mereka diperlukan.


Perintis PRS  bersama - sama barisan kaunselor IPGKRM



   Pembimbing Rakan Siswa (PRS) ditubuhkan adalah hasil perbincangan mesyuarat oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dengan Unit Pengembangan dan Khidmat Kaunseling IPG KRM. Hasil daripada perbincangan ini, satu sesi temuduga telah dilaksanakan pada 8 Jun 2010 yang dikendalikan oleh Encik Koh Nee Kien (Kaunselor Pelajar). Bagi memantapkan lagi kemahiran ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), satu Kursus Pembimbing Rakan Sebaya siri 1 telah diadakan pada 02-04 Julai 2010 anjuran Unit Pengembangan dan Khidmat Kaunseling (UPKK) IPG KRM. Majlis ini turut dihadiri oleh Pn Zamrah Binti Bongsu, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) bagi memulakan upacara perasmian Kursus Pembimbing Rakan Sebaya siri 1. Antara pensyarah yang terlibat iaitu Encik Mhanogaran A/L Arujunan, Ketua Unit Pengembangan dan Khidmat Kaunseling; Pn Lee Yoke Lan, Setiausaha Unit Pengembangan dan Khidmat Kaunseling; Encik Ahmad Radhi Bin Rosli dan Encik Koh Nee Kien yang merangkap kaunselor pelajar IPG KRM.


MATLAMAT PRS
  • Mendidik ahli PRS dengan kemahiran-kemahiran asas kaunseling untuk membantu rakan-rakan mereka yang menghadapi pelbagai masalah. 
  • Membina ahli PRS yang yakin pada diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepercayaan kepada Tuhan. 
  • Memupuk potensi kepimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbang rasa, rela menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk. 



MISI PRS

Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan, Intelek yang cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan Siswa. 



VISI PRS
Mewujudkan sistem pengurusan perkhidmatan Pembimbing Rakan Siswa yang cemerlang dan berkualiti. 


FALSAFAH PRS 

“BANTU DIRI AGAR BERUPAYA MEMBANTU ORANG LAIN” 
PRS harus dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan, kemahiran, kreativiti dan keimanan.

No comments:

Post a Comment