Kuasa perkataan. Sememangnya tanpa kita sedar, perkataan mempunyai kuasa. Ia mampu membentuk diri individu. Perkataan yang dilemparkan mampu memberi respon positif ataupun negatif daripada diri. Ianya berbalik kepada perkataan itu. Oleh itu, jika kita ingin menjadi seorang yang bermotivasi, pemilihan perkataan adalah amat penting.
Dua perkataan yang dapat dikaitkan dengan persoalan yang sering dilemparkan kepada diri adalah Dua petarung yang akan bertarung untuk merebut 'kejuaraan diri'. Para petarung adalah 'Mengapa' dan 'Bagaimana'. Rasanya-rasanya, yang manakah adalah pemenang?
Bagaimana?
Bagaimana adalah perkataan berbentuk positif. Ia mengarah kita kepada sesuatu yang lebih baik. Contohnya apabila kita melihat sesuatu atau sedang menghadapi masalah, kita bertanya kepada diri ataupun sekeliling, bagaimana dia melakukannya? Apabila perkataan yang tepat dilontarkan, jawapan yang tepat juga dikeluarkan. Kita akan mula memikir dan mencari bagaimana perkara itu dapat dibuat atau diselesaikan. 'Bagaimana' membawa kepadapenyelesaian masalah.
Mengapa?
Seterusnya adalah 'mengapa'. Mengapa adalah perkataan yang membawa ke arah negatif. Apabila kita menghadapi masalah, anda mungkin mengatakan mengapa ianya terjadi kepada kita. Mengapa membawa kita kepada alam alasan. Ia membantu kita membina seribu alasan. Walau ia nampaknya 'baik' kerana membuat kita seorang yang tidak bersalah, tetapi sebenarnya ianya tidak membantu kita untuk masa jangka panjang. 'Mengapa' adalahperkataan lemah!
Oleh itu, apabila kita menghadapi sesuatu masalah atau keadaan, berhati-hatilah memilih perkataan yang ingin ditanya. Perkataan yang betul adalah amat penting dalam memperolehi keputusan yang diingini.
No comments:
Post a Comment